Monday, 15 June 2015

PKGBG: Bengkel Pengisian Data Inisiatif ICT 2015

Bengkel Pengisian Data Inisiatif ICT 2015: Pihak PKG Daerah Kinta Selatan melaksanakan bengkel bagi GPB/ICT seperti berikut:-



Tajuk : Bengkel Pengisian Data Inisiatif ICT 2015

Tarikh : 17 Jun 2015

Masa : 2.00 - 5.00 petang 

Tempat : PKG Gopeng 

Peserta : GPB/ICT


Friday, 2 January 2015

Sistem Pengurusan Sekolah

SPS: SILA HUBUNGI PENGURUS DATA BERIKUT DI PPD

Semua Pengetua/ Guru Besar negeri Perak
Semua PK/GK Pentadbiran, PK/GK HEM dan Guru Data negeri Perak
Dengan hormatnya surat berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Rujuk: J.Pel.Pk.(ICT)4668/11/3/1 Jld.4(43) bertarikh 5 Januari 2015 dirujuk.
Mohon kerjasama semua pihak agar dapat menghubungi PENGURUS DATA di PPD masing-masing jika terdapat sebarang pertanyaan. Ini disebabkan 3  Modul SPS di peringkat sekolah PADA DASARNYA masih menggunapakai sistem-sistem sedia ada iaitu EMIS Online, eOperasi dan APDM. Sistem-sistem ini juga masih menggunapakai Id dan Katalaluan yang sama sebelum ini.
Sehubungan itu sekali lagi tuan-tuan dinasihatkan hubungi PENGURUS DATA berikut untuk sebarang pertanyaan;
1. Modul Pengurusan  Sekolah – Dikemaskini melalui EMIS Online.    ( Pengurus Data = Penolong PPD/ Penyelia  ICT Daerah di PPD dan Guru Data di sekolah ).
2. Modul Pengurusan Guru – Dikemaskini melalui Sistem Maklumat Guru (eOperasi). ( Pengurus Data = Penolong PPD Pengurusan Sekolah Daerah di PPD dan PK/GK Pentadbiran di sekolah ).
3. Modul Pengurusan Murid – Dikemaskini melalui Sistem APDM. ( Pengurus Data = Penolong PPD Pengurusan HEM Daerah  di PPD dan PK/GK HEM di sekolah ).

Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak
~Sumber Portal Jabatan Pendidikan Negeri Perak ~

Monday, 22 December 2014

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH DAN RISIKO BANJIR

(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan:
i) Terengganu dan Pahang dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa, 23 Disember 2014.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
ii) Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Barat dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa, 23 Disember 2014.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
INFO INI DARI : MALAYSIA METEOROLOGICAL DEPARTMENT
KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH YANG BERISIKO BANJIR SILA BUAT PERSEDIAAN SEPERTI BERIKUT:
  1. Sila pastikan semua peralatan elektrik dan peralatan ICT diletakkan di tempat yang tinggi.
  2. Sila pastikan semua suis elektrik ditutup dan suis utama juga ditutup untuk mengelakkan litar pintas.
  3. Sila hubungi Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru yang terdekat untuk bantuan dan laporan kerosakan akibat banjir (jika peralatan telah terkena banjir).
  4. Sila buat rakaman dan pendokumentasian (gambar pegun sudah memadai) bagi semua peralatan yang telah terlibat dengan banjir.
Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer akan melawat ke sekolah anda untuk mendapatkan bahan untuk laporan kerosakan akibat banjir.

Sekian Terima Kasih..


Wednesday, 17 December 2014

PENANGGUHAN PEMBEKALAN NETBOOK 1MALAYSIA KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH KPM

PENANGGUHAN PEMBEKALAN NETBOOK 1MALAYSIA KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Dukacitanya dimaklumkan bahawa kami di pihak PKG Kinta Selatan baru sahaja menerima makluman bahawa terdapat penangguhan pembekalan Netbook 1Malaysia ke sekolah tuan. Ia berlaku kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Pihak tuan akan dimaklumkan semula tarikh pembekalan tersebut melalui emel ini. Sebarang kemusykilan sila hubungi En. Norul Rizal Bin Abdul Rahim Ketua PKG Daerah Kinta Selatan di talian 053593443.

Sebarang kesulitan dipihak tuan amatlah dikesali.

Sekian.

Saya yang menurut perintah
NORUL RIZAL BIN ABDUL RAHIM
KETUA PKG DAERAH KINTA SELATAN

*Sekiranya sekolah anda tidak disenaraikan di atas sila abaikan emel ini. Emel ini dihantar menerusi arahan penghantaran berkumpulan oleh sistem PKG kinta Selatan.

Tuesday, 16 December 2014

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DG 29 / 32 / 41 / 42 (KUP) DI PKG KINTA SELATAN

Permohonan adalah dipelawa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk berkhidmat sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG Kinta Selatan.

JAWATAN KOSONG:

Pegawai Teknologi Pendidikan 1 :

PKG Tanjung Tualang dan PKG Batu Gajah (DG 32 Hakiki / DG 41/42)

Pegawai Teknologi Pendidikan 2 :

PKG Gopeng dan PKG Kampar (DG 29 / DG 32 KUP)

GRED JAWATAN:

DG 29/32/34/38/DG 41/42(KUP)

KELAYAKAN:
 
Kelayakan umum :


  • Telah disahkan dalam perkhidmatan
  • Pengalaman mengajar  lebih  4 tahun
  • Mempunyai laporan penilaian prestasi yang BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan


KEPERLUAN-KEPERLUAN LAIN SEBAGAI KELEBIHAN:


  1. Mempunyai kemahiran dalam literasi komputer dan boleh mengendali pelbagai media dalam pembelajaran dan pengajaran serta pengurusan data.
  2. Menunjukkan kebolehan dan keyakinan untuk menilai dan memberi khidmat bantu kepada pentadbir atau guru di sekolah.
  3. Menunjukkan sifat-sifat kepimpinan, inovatif dan kreatif dalam melaksanakan tugas.
  4. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengendalikan kursus, bengkel atau seminar.
  5. Mempunyai rekod cemerlang dalam penggunaan VLE di dalam pengajaran dan pembelajaran.
  6. Mempunyai kebolehan merancang, menyediakan kertas kerja dan mengendalikan kaji selidik.
  7. Mempunyai pengalaman  dalam bidang pengurusan di sekolah seperti Ketua Panitia, Setiausaha Kurikulum, Guru Penyelaras PSS, Guru Penyelaras ICT  dan sebagainya.
  8. Mempunyai keterampilan diri dan boleh berkomunikasi dengan baik.
  9. Bersedia untuk dipanggil berkursus/ berbengkel bagi meningkat profesionalisme dalam bidang pengurusan, Pusat Sumber Sekolah,   ICT dan Media.
  10. Bersedia untuk bekerja lebih masa dan di luar kawasan (out-station).


TARIKH TUTUP PERMOHONAN :  13 JANUARI 2015

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN  : 

Individu yang berminat sila hubungi Encik Megat Fuad bin Megat Zainuddi (05-2924933 Sambungan 217) UNTUK MENDAPATKAN BORANG DAN MAKLUMAN LANJUT.

Borang yang lengkap diisi dan disokong oleh Pengetua/Guru Besar dan Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah dihantar ke alamat berikut :

KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Jalan Tawas Baru Utara, Tasek Damai, 30010 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel. : 05-2924933 :: Faks. : 05-2924115

Calon yang disenarai pendek  dikehendaki menghadiri temuduga yang akan dimaklumkan nanti.

Thursday, 4 December 2014

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA SUMBANGAN SKMM KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Tuan,

PENGAGIHAN NETBOOK 1MALAYSIA SUMBANGAN SKMM KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2.              Pihak kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa pihak tuan akan menerima pengagihan Netbook 1Malaysia sumbangan daripada pihak SKMM seperti ketentuan di Lampiran A. Oleh itu pihak tuan diminta bersedia untuk membuat segala proses penerimaan seperti tertakluk di dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (Pekeliling Perbendaharaan Malaysia KP 2.2/2013).

3.            Pihak tuan juga dipohon untuk menyediakan 4 Salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) secara lengkap dan bertandatangan hidup. Sila hantar dengan kadar segera ke PKG masing-masing, sebelum atau pada 24 Disember 2014.

4.            Pihak tuan juga dipohon untuk merujuk kepada Garis Panduan Pengagihan Netbook 1Malaysia Bagi Sekolah-Sekolah KPM yang boleh dimuat turun dari laman sesawang PPD Kinta Selatan dan sebarang kemusykilan sila hubungi PTP 1 - En. Norul Rizal Bin Abdul Rahim di talian 05-3593443 / 013-5083013.

Segala kerjasama di pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian.

Wednesday, 1 October 2014

LAPORAN PERMASALAHAN SPS

Kepada

1. Pentadbir
2. Guru Data (Admin 1)
3. Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru ICT (GICT)  (Admin 2)


 Disertakan contoh borang berkenaan untuk tujuan :-

i) Pembersihan Data (Cleaning Data)
ii) Semua pemasalahan yang dihadapi 


Klik Pautan untuk contoh borang aduan SPS

https://app.box.com/s/tpkt8s8doe3x5kc095zla

Segala masalah atau kekeliruan maklumat mohon tuan / puan dapat merujuk kepada kelompok PKG masing-masing.

Sekian Terima Kasih.

Post Blog Rakan-Rakan