(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan:
i) Terengganu dan Pahang dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa, 23 Disember 2014.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
ii) Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Barat dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa, 23 Disember 2014.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
INFO INI DARI : MALAYSIA METEOROLOGICAL DEPARTMENT
KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH YANG BERISIKO BANJIR SILA BUAT PERSEDIAAN SEPERTI BERIKUT:
- Sila pastikan semua peralatan elektrik dan peralatan ICT diletakkan di tempat yang tinggi.
- Sila pastikan semua suis elektrik ditutup dan suis utama juga ditutup untuk mengelakkan litar pintas.
- Sila hubungi Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru yang terdekat untuk bantuan dan laporan kerosakan akibat banjir (jika peralatan telah terkena banjir).
- Sila buat rakaman dan pendokumentasian (gambar pegun sudah memadai) bagi semua peralatan yang telah terlibat dengan banjir.
Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer akan melawat ke sekolah anda untuk mendapatkan bahan untuk laporan kerosakan akibat banjir.
Sekian Terima Kasih..
No comments:
Post a Comment