Tuan,
PENGAGIHAN NETBOOK
1MALAYSIA SUMBANGAN SKMM KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH KPM
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.
2. Pihak kami dengan
sukacitanya memaklumkan bahawa pihak tuan akan menerima pengagihan Netbook
1Malaysia sumbangan daripada pihak SKMM seperti ketentuan di Lampiran A. Oleh itu pihak tuan diminta
bersedia untuk membuat segala proses penerimaan seperti tertakluk di dalam Tatacara
Pengurusan Aset Alih Kerajaan (Pekeliling Perbendaharaan Malaysia KP 2.2/2013).
3. Pihak tuan juga dipohon untuk menyediakan 4 Salinan Sijil
Akuan Penerimaan (SAP) secara lengkap dan bertandatangan hidup. Sila hantar
dengan kadar segera ke PKG masing-masing, sebelum atau pada 24 Disember 2014.
4. Pihak tuan juga dipohon untuk merujuk kepada Garis Panduan Pengagihan Netbook 1Malaysia
Bagi Sekolah-Sekolah KPM yang boleh dimuat turun dari laman sesawang PPD Kinta Selatan dan sebarang
kemusykilan sila hubungi PTP 1 - En. Norul Rizal Bin Abdul Rahim di talian
05-3593443 / 013-5083013.
Segala kerjasama di pihak tuan didahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.
Sekian.
No comments:
Post a Comment